Sim (empat kiri) memotong reben sempena pembukaan MyDobi Bandung..

MyDobi Bandung dibuka,

outlet ketiga di Sibu

SIBU: MyDobi, kedai dobi layan diri 24 jam, hari ini membuka outlet ketiganya di Sibu terletak di Bandung (sebaris dengan Klinik Komuniti Bandung).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Sheila Sim berkata, outlet baharu tersebut dibuka selepas MyDobi di Salim dan Apollo.

Sim (kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas pembukaan MyDobi Bandung.

“Outlet baharu dibuka selepas mendapat sambutan baik komuniti di sini. MyDobi menyediakan pelbagai pilihan cucian dengan mesin basuh kapasiti 14, 20 dan 28 kilogram.

“Manakala, pengeringan dengan pilihan mesin pengering kapasiti 14, 20 dan 26 kilogram. MyDobi juga menyediakan bahan pencuci, sanitasi dan pelembut percuma kepada pelanggan,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo.

Mesin cucian dengan pilihan kapasiti 14, 20 dan 28 kilogram.

Sempena pembukaan outlet baharu, Sim berkata setiap pelanggan yang memuat turun aplikasi myDobi Connect di Google Play atau Apple App Store akan berpeluang mendapat satu baucar cucian percuma.

Mesin pengering dengan pilihan kapasiti 14, 20 dan 26 kilogram.

“Promosi ini bermula 17 hingga 31 Mac ini. Aplikasi ini boleh ditambah nilai dan imbas kod QR di atas mesin basuh untuk membayar dan menghidupkan mesin.

“Dengan aplikasi myDobi Connect, pelanggan menikmati kemudahan tanpa tunai walaupun dobi masih mempunyai mesin yang menerima wang tunai dan mengeluarkan token,” ujarnya.

Sim berkata, aplikasi myDobi Connect memberi penjimatan 50 peratus untuk cucian tengah malam, bonus nilai tambah dan cucian dan pengeringan percuma pada bulan sambutan hari jadi.

Mesin pertukaran token.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan, boleh menghubungi talian khidmat MyDobi outlet Bandung menerusi talian 010-3833624,” jelasnya.

Kemudahan yang disediakan di MyDobi Bandung.

April 23, 2024

MyDobi Bandung dibuka, outlet ketiga di Sibu

Sim (empat kiri) memotong reben sempena pembukaan MyDobi Bandung.. MyDobi Bandung dibuka, outlet ketiga di Sibu SIBU: MyDobi, kedai dobi layan diri 24 jam, hari ini […]
April 17, 2024

myDobi opens 10th outlet in Mata-Mata

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey MIRI (Feb 3): In the bustling world of entrepreneurship, Sheila Sim has emerged as a shining example of […]
February 3, 2024

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey MIRI (Feb 3): In the bustling world of entrepreneurship, Sheila Sim has emerged as a shining example of […]
July 22, 2022

Enjoy Endless Benefits

Enjoy Endless Benefits with Hiro Apps Users can now experience a cashless transition through the Hiro App (via direct activation) and enjoy many rewarding benefits such […]